Friendship Lelaki


Aku rase semua orang ade kawan rite ? Tak kesah laaa ramai ke siket ke sorang ke dua orang ke satu bangunan ke ? Tapi , i guess semua orang pernah rase nikmat friendship tuu kan ? Walaupun kau ni jenis yang memang macam kera sumbang . Tanak bergaul dengan orang lain tapi musthail bagi seseorang manusia itu tiada kawan or peneman . Buku ponn kira acceptable rite nak jadi kawan ang . Tapi , skang ni aku nak cakap pasal friendship manusia sesama manusia . And fokus aku skang pada men's friendship iaitu persahabatan lelaki . 

1) Friendship dorang memang sumpah beza ngan friendship perempuan . Tarak istilah hasad dengki iri hati . Senang citer , "Lu tak puas lu cakap terus dengan gua," atau "Tak puas hati kita settle cara kasaq ahh , tak men ahh cara cara halus ni," . Agree ?

2) Member depa ghamai . Tak macam member budak - budak perempuan . Girls selalunya paling minimum mesti ade sorang bestfriend . and maximum at least 3 best friend . Setakat nih , aku tak pernah jumpa perempuan ade member ghamai macam ahli pasukan bola sepak ghamainya .

3) Saling membantu antara satu sama lain . Ini memang aku paling respect and selalunya leader akan amik port perihal and kebajikan member member dia . Kalau girls susah sikit nak bersatu padu . Sonang citer nak pilih leader group ponn boleh bawak gadoh kenn ?? Agree ??

4) Haaaa , kalau time nak isytiharkan leader . Sume akan bersatu , mention nama sesiapa yang berhak jadi leader . Sebab mereka boleh mengharapkan si polan tadi untuk jadi leader mereka . Selalunya leader mestilah tak panas baran , cool , suka tolong orang , prihatin , disegani dan dihormati orang ramai and yang paling penting mestilah Famous dan paling berpengaruh .

5) Suka back up kawan . Kes ini memang tak bagus tapi aku memang respect habis laa . Kalau angpa sume perasan , kalau budak budak lelaki kena tangkap smoking ke ponteng sekolah ke bawa barang haram ke sekolah ke mesti depa akan back up member depa . Lagi lagi kalau kena tangkap beramai ramai . Kalau cikgu tanya "Sape dalang sume ini ?" haaaa .. almaklum sampai ke Subuh kau takkan dengar jawapan dari depa . Last last sume kena bantai kena denda . Choyy . Tapi kalau girls , jarang beb ang nak jumpa lagu nih and lepastu lah ang akan nampak ang kena tikam kat depan ke kat belakang. Tikam kat depan okey lagi wehh , tapi kalau kena tikam kat belakang tuh memang perit . Dahla ang tak tahu sape yang jadik back stabber tu , ye dak ? 

Lastly , true friendship memang wujud dalam dunia ni. Kalau guys akan muncul dari member member angpa . Manakala untuk girls akan timbul from bestfriend korang .

'Bila kita senang , semua kawan kenal kita . Bila kita susah , baru kita kenal siapa kawan kita'

This entry is special for : Leader Batch SMKASM 08/12 ~
*Aku tahu lu ade masalah kawan kann ?

Comments

Popular Posts