Separuh Abad.
Awak,
Masihkah kita akan bersama
Meniti usia separuh abad kita
Bersama cucu dan cicit semua
Susah senang suka dan duka
Awak,
Sanggupkah awak menahan rengsa
Dari gigitan nyamuk durjana
Gemar menyerang mangsa ke mangsa
Terutamanya manusia seusia kita
Awak,
Mampukah awak menternak ayam mutiara
Menanam sayur dan buahan serupa
Mencari nafkah tuk menyara keluarga
Sebagai habuan lapar dan dahaga
Awak,
Kita ke pantai mengail, menjala
Memancing ikan sekali sekala
Sebagai gantian ternakan ayam belanda
Selain hobi, saluran rezeki juga
Awak,
Pergi ke sawah tidak perlu membaja
Menuai padi, tanaman dijaga
Penat lelah tak usah dikira
2 tahun sekali hasilnya kita jaja
Awak,
Dusun di belakang kita yang punya
Pelbagai buah-buahan ranum belaka
Namun pohonnya harus dipelihara
Santapan semasa cucu cicit beraya
Awak,
Motor kita tunggang di jalan raya
Pusing sekeliling di Kampung Cahaya
Kita langgar angin sepoi sepoi bahasa
Jangan awak leka terlanggar lembu pula
Awak,
Lauk sambal petai kegemaran kita
Masak lemak cili api tidak dilupa
Sambal belacan dan budu penambah rasa
Bersama nasi panas berlaukkan bahagia
Awak,
Bolehkah awak terima ini semua
Melayani bahtera hidup suasana di desa
Pabila saya lihat keadaan awak semula
Timbul di fikiran ragu dalam kepala
Awak,
Jangan dirisau perjalanan hidup kita
Menempuh onak duri belukar belantara
Kerna saya akan berada sentiasa
Di sisi awak pendamping setia
Awak,
Masihkah akan awak setia dengan saya
Pabila wajah mulai kusam, pudar jelita
Langkah yang perlahan, sakit dan menderita
Yang tinggal hanya kedut dan rangka
Awak,
Jangan mungkari janji termeteri kita
Jangan awak cari pengganti tanpa saya
Jika benarlah saya bukan punca bahagia
Carilah saya semula di alam syurga
Awak,
Jangan main phone je ya
Mak ayah saya tak suka 😂
Masihkah kita akan bersama
Meniti usia separuh abad kita
Bersama cucu dan cicit semua
Susah senang suka dan duka
Awak,
Sanggupkah awak menahan rengsa
Dari gigitan nyamuk durjana
Gemar menyerang mangsa ke mangsa
Terutamanya manusia seusia kita
Awak,
Mampukah awak menternak ayam mutiara
Menanam sayur dan buahan serupa
Mencari nafkah tuk menyara keluarga
Sebagai habuan lapar dan dahaga
Awak,
Kita ke pantai mengail, menjala
Memancing ikan sekali sekala
Sebagai gantian ternakan ayam belanda
Selain hobi, saluran rezeki juga
Awak,
Pergi ke sawah tidak perlu membaja
Menuai padi, tanaman dijaga
Penat lelah tak usah dikira
2 tahun sekali hasilnya kita jaja
Awak,
Dusun di belakang kita yang punya
Pelbagai buah-buahan ranum belaka
Namun pohonnya harus dipelihara
Santapan semasa cucu cicit beraya
Awak,
Motor kita tunggang di jalan raya
Pusing sekeliling di Kampung Cahaya
Kita langgar angin sepoi sepoi bahasa
Jangan awak leka terlanggar lembu pula
Awak,
Lauk sambal petai kegemaran kita
Masak lemak cili api tidak dilupa
Sambal belacan dan budu penambah rasa
Bersama nasi panas berlaukkan bahagia
Awak,
Bolehkah awak terima ini semua
Melayani bahtera hidup suasana di desa
Pabila saya lihat keadaan awak semula
Timbul di fikiran ragu dalam kepala
Awak,
Jangan dirisau perjalanan hidup kita
Menempuh onak duri belukar belantara
Kerna saya akan berada sentiasa
Di sisi awak pendamping setia
Awak,
Masihkah akan awak setia dengan saya
Pabila wajah mulai kusam, pudar jelita
Langkah yang perlahan, sakit dan menderita
Yang tinggal hanya kedut dan rangka
Awak,
Jangan mungkari janji termeteri kita
Jangan awak cari pengganti tanpa saya
Jika benarlah saya bukan punca bahagia
Carilah saya semula di alam syurga
Awak,
Jangan main phone je ya
Mak ayah saya tak suka 😂
Comments