Filter aib dah bocor.

Assalammualaikum gais.

Tiba tiba rasa macam nak post sesuatu.
Iaitu tajuk di atas. Hehe
Gaisss, u know what is mean by 'filter'?
U know what is 'aib' gais?
And u gais faham tak maksud 'bocor'?

Haha. Malas aku nak bagi kau faham satu - satu.
Aku yakin korang faham je dengan statement aku kat atas tu.
'Filter aib dah bocor'

Kita sebagai seorang manusia beragama Islam.
Setiap kali kita solat, bila time duduk antara dua sujud.
Of course kau akan baca.

"Rabbighfirli warhamni wajburni warfa'ni warzukni wahdini wa'afini wa'fuanni"

Yang bermaksud,

"Wahai Tuhanku ampunilah dosaku dan rahmatilah aku dan jagalah AIB ku dan angkatlah darjatku dan berilah rezeki kepadaku dan berilah petunjuk padaku dan sihatkanlah aku dan ampunilah dosaku,"

Tahu kan? Ke baru tahu maksud dia ni? Hahaha

Hmmm, tak kisahlah.

Point dia kat sini, aku nak cerita pasal aib.

Aib.
Kau takut pintu aib kau terbuka luas.
Tapi kau sendiri yang bagi kunci.
Yang cicirkan kunci tu.

Aib.
Setiap hari kau doa kat Allah
"Ya Allah, peliharalah aibku,"
"Jangan ternampak kat orang lain,"
"Aku malu Ya Allah,"
"Pangkat aku besar,"
"Aku bawak imej Islam,"
"Aku bawa title Naqib,"
"Aku ade adik usrah, aku ade mad'u,"
"Nanti orang bawah aku hilang thiqah kat aku,"
"Dorang tak wala' kat aku,"

Tapi malangnya kau sendiri yang
Tak sedar sedar
Tak insap
Malas nak taubat
Asyik buat dosa
Maksiat
Zina
Zina Hati
Zina Mata
Zina Tangan Telinga Kaki
Apa semua lah

Sampai satu masa
Aku rasa
Allah boleh cakap
"Wahai hamba, dosa kau dah terlalu banyak,"
"Filter aib kau dah bocor,"
"Filter kau dah tak boleh tampung dosa dan maksiat yang kau lakukan selama ini,"
"Maka, bila filter ni dah tak function properly,"
"Thus, bertebaran lah aib kau bergelimpangan di atas muka bumi ini,"
"Semua manusia akan menyaksikan aib kau,"
"Dan manusia yang pernah mensyaki perbuatan kau,"
"Akan menuntut bela kezaliman ke atas dirinya,"

Padan muka,

Jadi aku harap sebelum terlambat,
Marilah kita semua bertaubat,
Yakinlah bahawa kiamat itu sudah dekat,
Jangan masih berfikiran sendat.

Dan untuk golongan yang filter aib nya seperti telur di hujung tanduk tu.
Macam aku.

Sucikan lah filter. Buat dialysis ke ape ke.
Bukan sucikan supaya banyak lagi dosa kau boleh buat dan boleh simpan dalam filter aib tu.
Tapi supaya kau sedar.
Macam.

Orang yang ade penyakit buah pinggang.
Kalau dia fail nak buat dialysis setiap hari,
Lambat laun badan kau xkan function well.
Seluruh badan kau.
Hati bengkak. Jantung masalah.
Kaki lebam. Tangan hitam.
Dan bila sampai masa kau dah tak boleh berjalan.
Mungkin masa tu dah terlambat untuk kau tengkadah.

Kesian.

p/s : Afiq, kalau dah stalk blog aku xpayah heboh heboh seh. Haha




Comments

Popular Posts