Suddenly aku gagap arab --'



Selepas amik result , gua berjalan jalan di sekitar sekolah . tiba - tiba gua terhenti di sebuah kelas . semua pelajarnya berpaling ke arah gua . Apesal lu orang pandang gua ni ?? getus hati gua . ohh , baru gua perasan rupa rupanya ustaz jihadi sedang cuba bercakap dengan gua.. gua berhenti berdekatan dengan pintu kelas tu .

"Assalammualaikum," sape Ustaz Jihadi
"Waalaikumussalam," jawabku tenang.
"Kam imtihanuki?" soalnye . that means dia tanya "Bagaimana peperiksaan awak?"

Gulp ! Ape aku nak jawab .. 3 bulan aku miss Arab .. tetiba dia ajak borak Arab. Pekehal ?

"Toyyib!" itu sahaja mampu ku balas.
"Kam mumtaz?" soalnya lagi masih tidak puas hati ? Kira dia tanya berapa cemerlang gua dapat ler .

Adoyyyy. gua lupa 10 dalam bahasa arab ape. jari gua mula membilang . wahid , isnani , salasa... adoyyy 10 ape ekk ???? Ustaz ni spoil mood aku lerr..

"sittatun ?" soalnye menduga . means enam .
Aku menggeleng.

"Tis'atun?" duganya lagi . means sembilan.
Aku menggeleng lagi. kali ini lebih laju.

"Samaniatun ? Sab'atun? khomsun ?" bertubi tubi aku ditanya .

"ASYARA!" kbai .

hakhakhak... lepas tu ustaz ucap
"Mabruk alaiki"
"Syukran jazilan, ustaz --"

Comments

Popular Posts