'Hanya kau yang tahu KODEKsku yang kompleks'
‘Hanya kau yang tahu KODEKsku yang kompleks’
Nukilan : Ir Shakinah As Saad :DD
“Assalammualaikum . Ke hadapan saudari Marina . . . . . . . “
“Aidill , nanti
tolong aku passkan blazer ni kat meja budak yang barisan tengah tu . Yang comel
– comel tu tau . Pastu pesan , baca nota dalam poket blazer ni . Thanks” .
“Orite boss !”
***************
“Okey Ar-Razi .
Siapa – siapa yang markah trial syariah dia dapat gred C dan ke bawah , saya
akan masukkan nama awak dalam program JALINAN SYARIAH Sharodz – Sultan tu nanti
,” pesan Ustazah Nazrah sebelum keluar kelas .
“Ala ustazah ,
taknaklah ! Malulah kitorang . Dahlah markah rendah ,” ujar Farrah , ketua
kelas kami .
“Takde , takde .
No compromy , okay . Kalau malu nak pergi pastikan markah Syariah awak A+ !”
balas ustazah dengan nada tegas . Jari telunjuknya yang menunjuk ke arah atas
digoyang – goyangkan pantas .
“Alamak , ini
kena pulun buku teks lah gamaknya ,” bisikku ke telinga Farrah . Farrah
mencebik .
Berita mengenai
program JALINAN SYARIAH sekolah aku – Sharodz bersama satu lagi sekolah –
Sultan , sudah tersebar luas pada semua pelajar tingkatan lima . Masing –
masing kecoh macam esok nak SPM . Ada yang ingin menyertainya , ada yang tidak
mahu . Yang penting , aku memang taknak pergi . Seriously , TAKNAAAAAAKKKK !!!!
Habislah maruah aku kalau aku pergi sana . Mesti diorang cakap aku ni bengap
Syariah . Haaaaaaa , memang pun . Tapi , this is TOTALLY EMBARASSING , man !
Mesti korang nak tahu program ni pasal apa kan ? Hahahaha , program JALINAN
SYARIAH ini lebih kurang macam Skor A+ lah untuk subjek Pendidikan Syariah
Islamiah *subjek untuk pelajar kelas aliran agama sahaja* ini . Ustazah kami
sengaja buat gandingan bersama sekolah Sultan Muhammad atau nama penuh
sekolahnya SMKA Sultan Muhammad (Sultan) untuk berkongsi idea dan bertukar –
tukar pendapat , kononnya . Sekolah tu dahla semua lelaki . Sekolah aku pula ,
SMKA Sharifah Rodziah (Sharodz) , semua pelajar perempuan . Haaaaaaaaa , memang
cocoklah tu , tapi aku memang anti sekolah tu . Bukan sekolah tu sebenarnya ,
tapi budak – budaknya . Punyalah annoying . Perggghhhh , kalau balas comment
kat Facebook (FB) , aku rasa macam nak bagi makan kaki je sorang sorang .
Masing masing hampeh --“ . Tak perlulah aku ceritakan kisah komen – komen
mereka tu , nanti aib , kahkahkah . Berbalik kepada relity life , lagi dua hari
trial SPM akan menjelma . Semua pelajar tingkatan lima mengambil masa yang
terluang untuk revise balik segala macam ILMU + TEORI + PRAKTIKAL yang cikgu –
cikgu dah bekalkan . Masuk input dalam otak sampai benak , sampai tepu . Okeh ,
itu tipu , hahahahahaha . Lupa pula nak memperkenalkan diri . Nama aku Zakirah
Marina binti Adam . Tapi nickname aku Key , je .
“Key , kau dah
habis pulun Syariah ke belum ?” soal Syukrina , rakan dormku .
“Belum lagi . Aku
tengah study QS (Pendidikan Al-Quran dan Sunnah) ni ,” balasku selamba .
“Pale hot kau .
Weh QS tu lama lagi doewh , hari terakhir . Syariah ni lusa punya paper . Kau
waras ke tak ni ?”
“Alah , rileks la
bhai . Tak ke mana Syariah tu , takde hilangnya buku teks tu . Kau ni chill lah
babe ,”
“Excuse me , Cik
Zakirah Marina ! Kau ingat tak Ustazah Nazrah pesan sape yang dapat gred C dan
ke bawah kena pergi Sultan . Kau ingat ke tak ni ? Kalau kau excellent Syariah
takpe jugak . Ni kalau markah kau setakat ‘hidup segan mati tak mahu’ . Hish ,
tak paham aku dengan kau ni . Ah , dahlah tekanan pulak aku cakap dengan kau .
Nanti kalau nama kau tergolong dalam program tu aku tak tanggung ehh , ghasak
mu lah ,” bebel Syukrina panjang .
“Okay , it’s time
for Syariah ,”
***************
“Finally , tamat
gak trial SPM , oh yeah ! Malam ni boleh sambung baca novel , yahoooo !”
jeritku gembira .
“Amboi amboi .
Jerit tak mengajak eh , lain kali ajaklah ,” tegur Najahah .
“Okey , jom kita
jerit same – same . Satu , dua , tiga ! “ ajakku
“KAMI DAH HABIS
TRIAL SPM !!!! “
“Woiwoiwoi , agak
– agakle . Kot ya pun nak menjerit , janganlah jerit kat tandas . Bergema tau
tak ? Kalau nak teriak sangat , hangpa berdua pergi teriak kat padang nun ,”
bebel Syukrina yang baru sahaja memasuki tandas .
Lupa nak bagitahu
, kami duduk asrama dan minah tadi – Syukrina , sangat suke membebel
mengalahkan makcik , seriously ! Tak tipu !
“Syuk , aku
tahulah kau jeles kan kitorang main jerit – jerit ? Aku tahu kau pun nak jerit
gak kan ? Kan ? “ usik Najahah sambil mencuit – cuit bahu Syukrina . “Ah ,
takde maknanya !”
“AKU DAH HABIS
TRIAL SPM !!! “ aku terdengar jeritan suara seseorang yang datang daripada
bilik air . “Cehh , tadi ego . Sat lagi , ini makan dia ,” jeritku dari dorm
dengan kuat sehingga suaraku agak – agak boleh didengar hingga ke bilik air .
Kami memang suka bergurau . Itu memang perkara wajib .
***************
Baiklah , ustazah
nak pulangkan balik paper Syariah kamu yang telah saya semak . Seperti yang
dijanjikan , siapa – siapa yang markah dia
gred C dan ke bawah akan dihantar ke SMKA Sultan Muhammad . Biar padan
muka awak ,” Ustazah Nazrah memulakan bicaranya . Bibirnya mengukir senyuman .
Senyuman tidak puas hati . Hatiku terasa cuak . Ohhh , cuak sangat sangat .
“Syukrina”
“Saya ,”
“Umira ,”
“Saya , ustazah
!”
“Aqilah Ardini ,“
“Hanis ,“
“Hammaadah ,“
“Filzah Husna ,“
“Najahah ,”
“Najihah ,”
Hampir separuh
nama budak – budak kelas aku sudah disebut oleh ustazah untuk mengambil kertas
. Ish , bilalah nama aku nak kena sebut ni ?
“Ok , nama – nama
selepas ni . Semua kena join program tu . Ada faham ?”
“Faham , ustazah
!”
“Farhiyah ,”
“Ashikin ,”
“Farrah ,”
“Haslinah ,”
“Aqillah ,”
dan “Zakirah ,”
MASAK ! Aduhai ,
memang masak . Sah , memang aku kena pergi sana . Kena jumpa mamat – mamat poyo
sekolah tu . Oh My English , okay sekarang kena tukar Oh My Syariah ! Aku kesal
tengok paper Syariah aku . Rasa macam nak buat lagi sekali paper ni . Apa boleh
buat , kalau nak nangis air mata darah sekalipun masa tak akan kembali punya .
Kalau dah C tu , C jugak . Itulah , hari tu bukannya aku nak study Syariah
betul betul . Asyik main – main je . Haaaa, memang padanlah dengan muka kau ,
Key !
Hari yang dinanti
– nantikan telah pun menjelma . Cehh , poyo je ayat aku . Bas sekolah kitorang
telah pun selamat sampai di perkarangan SMKA Sultan Muhammad . Kami memasuki
kawasan sekolah tu . Aik ? Lengangnye . Mana orang ? “Kring ...... “ loceng
sekolah itu pun berbunyi . Ramai pelajar lelaki berpusu – pusu masuk ke kelas
masing – masing . Oh , ada perhimpunan tadi . Patutlah takde orang . Kami pun
menjejakkan kami ke dalam dewan mereka . Wah sejuknya , ade air – cond .
Untunglah ade air – cond . Sekolah aku takde pong . Syukur Key , syukur . Tiba
– tiba .....
“Pelajar pelajar
dari Sharifah Rodziah , sila duduk di sebelah kanan saya . Manakala pelajar –
pelajar Sultan Muhammad yang saya kasihi , sebelah sini okay ,” ujar seorang
ustazah . Ustazah Syariah mereka aku syak . Masing – masing duduk di tempat
yang telah disediakan . Wah , ini first time aku jejakkan kaki aku kat sekolah
yang semua pelajarnya adalah lelaki . nak cakap jakun tu tadelah tapi rase
janggal tu memang ada . Aku mencari tempat duduk yang paling starategik , iaitu
barisan yang paling tengah . Nanti takdelah hilang fokus sangat dan mikrofon tu
pun tak berapa nak sampai kat tempat aku . Ciss , mikrofon wireless pulak ,
kacau daun betul . Aku duduk di sebelah Atikah , kawan karibku yang belajar di
kelas yang lain .
“Assalammualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh , anak – anak ! ,”
“Waalaikumussalam
Warahmatullahi Wabarakatuh , ustazah ! “
“Baiklah , nama
saya Ustazah Hamiza binti Talib . Saya guru matapelajaran Pendidikan Syariah
Islamiah di SMKA Sultan Muhammad . Pada pagi ini , saya akan mulakan slot saya
terlebih dahulu . Lepas kita rehat karang , Ustazah Nazrah pula yang akan
sambung . Boleh ? “
“Boleh , ustazah
! “ kami menjawab bersama – sama .
Erk ? Rasa
janggal pula telinga aku terdengar suara jantan . Bukanlah tak pernah dengar .
I mean suara yang terlalu ramai dan garau of course ! Aku tercari – cari
kenalanku di FB . Manalah tahu , mereka masuk program ni ke . Aku memang tak
pernah jumpa diorang tapi selalulah juga usha – usha gambar diorang kat FB
especially FB budak yang paling famous kat sekolah tu – Aidill Fitri (nama FB dia)
. Macam takde je . Ish , tak boleh jadi ni . Mengikut Ustazah Nazrah , budak –
budak Sultan yang masuk program ni , semuanya bijak – bijak Syariah belaka .
Ustazah sengaja je nak gandingkan kami supaya kami akan lebih beringat dan
mengulangkaji Syariah dengan tekun lepas program ni dan untuk menjalani SPM .
Haaaa , aku nampak Safiuddin Shahiran , Muhammad Faeez , Farid Zealous , Mohd
Shahril dan ehhh .... Aidill Fitri pun ada ??!! Ini maknanya markah Syariah
diorang tiptop laaaa .... kott ???!!
“Okay , slot saya
pada pagi ini , saya nak tekankan mengenai macam mana nak beri jawapan yang
singkat tetapi tepat untuk soalan – soalan hukum – hukum syara’ ,” ujar Ustazah
Hamiza mematikan monolog hatiku .
“Baiklah anak –
anak . Sila lihat di slide show di depan . Soalan 1 , berikan hukum Wad’i bagi
dalil mencuri . Siapa nak jawab angkat tangan ? Ade hadiah ni ! “
Berebut – rebut
mamat – mamat poyo ni angkat tangan . Aku sendiri pun tak angkat tangan sebab
tak tahu , muehehehehe . Cehh , semua nak hadiah la tu . Tak ikhlas . Puihhh .
“Saya ustazah ! “
. “Sayaaaaa ! “ .
“Okay okay , tadi
tu saya acah je , sekarang ni kita kena belajar dulu , sebab mungkin ade yang
tak tahu macam mana nak jawab . tadi pun saya tengok seorang dua orang je yang
angkat tangan dekat Sharodz ni ha . Awak tak kesian ke pada adik – adik awak ni
, wahai abang – abang sekalian ?” seloroh Ustazah Hamiza .
Wah , ini ayat
makan dalam . Takpe takpe , kejap lagi ustazah terangkan , aku akan pastikah
hadiah – hadiah tu milik aku semuanya , kehkehkehkeh .
“Okay , mari kita
lihat contoh ini . Dalili mencuri iaitu ‘assariqu wassariqatu faqto’u
aidiyahuma’ . Bahagian : Hukum Wad’i , jenis : Assabab ,” terang Ustazah Hamiza
Selepas dua jam
mengadap slot tersebut , kami pun rehat . Muka masing – masing punyalah tekanan
, macam muka tahan berak pun ade . Yelah , otak dah benak . Aku pun pergilah ke
tandas sekejap . Lupa pulak nak ajak Tika , lagipun aku memang suka pergi
tandas sorang – sorang . Aku pun tercari – cari di mana letaknya tandas perempuan
di kawasan berdekatan dengan dewan ini . Nak cari tandas . Nak cari tandas .
Nak cari tandas . Nak cari tandas . Nak cari tandas . Nak tanya budak – budak
tu , malu pulak rase . Aku ni tak biasa sembang – sembang dengan jantan .
Almaklumlah , orang sekolah sejenis , semua perempuan pulak tu . Aku pun
menyambung kembali pencarianku . Tandas , oh tandas ! Di manakah kau ? Oh ,
tandas !
“Pukk ! “ Adui ,
sakit pulak kepala aku ni . Sape pulak yang langgar aku ni ? Mereng betullah .
Ade yang makan sup kaki ni karang .
“Adoii , sakitnya
perut aku . Kepala kau ni keras betul macam batu . Lain kali nak jalan tu ,
pandanglah depan . Mata kau letak kat mana hah ? Dekat patela *bahasa
sainstifik untuk kepala lutut* ke ? “ sindir seorang lelaki yang berada di
depanku sambil menggosok – gosok perutnya . Dia punya volume mak aiiii macam
petir , macam guruh kot . Tak , tak , macam halilintar .
“Eh lamak ai .
Agak – agak ah kalau nak sound aku pun . Kau fikir telinga aku ni karaoke
jamban ape , kau nak jerit jerit ? Sekali kang , ini makan dia ! “ balasku
sambil tangan kananku sudah sedia untuk memukulnya , eksyen je sebenarnya . Aku
sedikit mendongak hendak memandangnya . Yelah , orangnye pun tinggi , aku ni
pula rendah comel . “Patela konon , tuihhhhh ,”gumam hatiku .
“Lahai , setakat
tangan semut macam kau ni , takde effect pun kat aku ler . Dahla pendek , ade
hati nak pukul orang , puihhhhh ,”
“Lah , dia ludah
aku balik ? Ini tidak boleh dibiarkan ni ,” hatiku memendam geram .
“Ehh saudara poyo
! Aku takde mase nak layan kepoyoan kau ni . Dahlah bye ! “ aku pun mengalah
disebabkan tidak tahan untuk ke tandas lalu aku melambai – lambaikan tanganku
sebelum berlalu pergi .
Elok – elok
sahaja aku hendak menuju ke tandas yang telah menunjukkan ‘diri’nya , tiba –
tiba
“Wehh , baju kau kotor kat belakang ! “ satu
suara menegurku dari belakang dan suara itu adalah suara mamat poyo tersebut . Aduhai , nak tengok ke tak ? Kalau tengok ada , mesti malu . Kalau tengok
takde pun malu , sebab dia nak kenakan aku . tak , tak , tak , masalahnya
sekarang apakah jenis kekotoran yang berada di belakang bajuku itu ? Mungkinkah
........ ?? NO WAY !!!!
“Woi , baju kau
kotorlah kat belakang , kau dengar ke tak ni ? “ ujar mamat tersebut seolah –
olah tidak berpuas hati aku masih tidak berpaling . Aku pun menoleh ke belakang
bajuku . Tercari – cari kotoran yang dimaksudkannya . Sah , memang ada ! Kat
bahagian punggung pulak tu . Tapi ini bukan benda tu . Ini ......... Mamat
tersebut mentertawakanku sambil tangannya menunjukkan sebungkus plastik berisi
hotdog yang disaluti dengan sos . *Sos cili aku suspek* .
“Hahahahahahahahahahahaha
, soriiiiii PENDEK ! Kbai ,” ujarnya bersahaja sebelum meninggalkan aku begitu
sahaja . ARGGGGHHHHH , kurang ajar ! Biadap punya orang ! Dahlah kotorkan baju
aku pastu panggil aku pendek pulak . Tapi sejak bile pulak dia pegang plastik
hotdog tu ? Ah , tak penting ini semua . Ishhh , geramnya aku dengan MALAUN tu
. Siaplah kau nanti aku kerjakan .
Selepas 10 minit
lebih berhempas pulas membersihkan kotoran sos cili yang degil itu dan setelah
selesai membuang hajatku *ini semua angkara mamat bedebah tu* , aku pun keluar
dari tandas . Bajuku masih ada kesan berwarna merah pudar dan aku cuma mampu
berdoa dan berharap agar orang lain
tidak nampak mahupun menyangka bahawa aku sudah ter'bocor' .
“Aiseh , malaun
ni memang carik pasal dengan aku betul . Siaplah kau ! “ getus hatiku sambil
tangan yang ku genggam menumbuk – numbuk tangan yang sebelah lagi . Kakiku
melangkah ke tempat dudukku kerana Ustazah Hamiza ingin menyambung slotnya kembali
. Sebelum rehat tadi , beliau telah menyerahkan tugasan kepada setiap kumpulan
yang telah dibahagikannya . Sempat aku menceritakan kepada ahli – ahli
kumpulanku sambil menyiapkan tugasan kami di atas sehelai kertas mahjung .
“Ehh , Key . Sape
mamat tu ? Berani gile dia kenakan kau ? “ tanya Ain .
“Entahlah Ain aku
pun tak kenal , tapi muka dia aku camlah . Haaa , jap jap aku tunjuk . Itu dia
yang duduk kat barisan no. 2 tu yang tengah tengah tu ,” tunjukku ke arah mamat
tersebut .
“Lah , itu Kodek
leww . Takkan kau tak kenal kot ? Nama FB dia ‘Kodek Sultanz’ ,”kata Tiqa .
“Wehh , mafia
gila muka dia . Macam budak pailang kot ,” komen Aiza .
“Walawey , mafia
mafia pun , kau tengoklah dia weh . Terror Syariah kot , tak macam kita . Bengap
! “ ujar Nabilah pula .
“Hahahahahahahahahaha
,”serentak kami tertawa .
“Shhhhh....shhhhh...shhhh....
“
“Alamak ai ,
kerek betul diorang ni ! Dia bising boleh , kita bising tak boleh pula ,” marah
Nadia .
“Wehh , korang ni
berbincang ke berborak ? ” tegur salah seorang dari kumpulan mamat malaun tadi
.
“Eh ewah ewah ,
kitorang sedang bermusyawarah *berbincang* lah ni . Jangan nak busy body boleh
tak ? “ balasku berani .
“Itu bukan
musyawarah , pendek ! Itu ghibah *mengumpat* namanya . Kau kutuk aku kann ?
Kahkahkah ! “ pantas Kodek *mamat malaun tadi* menjawab dan disambung dengan
tawa yang berdekah – dekah bersama ahli – ahli kumpulannya yang lain .
“Siot kaw ! “
“Siot kaw ! “
“Weh , jaga adab
eh kat sekolah kitorang . Dilarang mencarut ! “
Wah , ini memang
bikin hati gua panas je layan si mamat annoying ni . Ye , annoying itulah
subjektif @ kata sifat yang sesuai untuk dia . Dia memang carik pasal dengan
aku dari tadi sampai sekarang . Naik berbulu aku jadinya . Situasi di dewan itu
hingar bingar sekarang disebabkan oleh pertelingkahan kami . Mujur Ustazah
Hamiza menyelamatkan keadaan sebelum terlambat .
“Sudah ! Sudah !
Kamu ni nak bertengkar ke nak belajar ? Ade kang saya nikahkan kamu berdua ni
kejap lagi ! “
“Ish , taknaklah
saya berkahwin dengan si pendek ni ustazah , hehehehe ,” bangkang Kodek sambil
tersenyum sengih .
“Saya pun ! “ aku
menggeleng pantas setelah membidas pendek .
“Okay sudah !
Khairul Anwar dan ...... sape nama awak ? “ soal Ustazah Hamiza sambil
memandang ke arahku .
“Zakirah .....
nama saya Zakirah Marina , ustazah ! “ jawabku .
“Baik . Saya nak
Khairul Anwar dan kumpulan kamu menjadi kumpulan pertama yang buat pembentangan
di depan dan diikuti oleh Zakirah Marina dan kumpulannya , faham ? “
Semua pelajar
yang berada di dalam dewan tersebut bertepuk tangan dengan begitu kuat , meriah
dan gamat sekali . Macam YB datang buat perasmian kat sekolah pulak . Ah sudah
! Itulah bergaduh lagi . Sekejap , sekejap , tak silap aku nama dia Khairul
Anwar kan ustazah sebut tadi ? Cehh
,jauhnya beza Kodek dengan Khairul Anwar . Baru aku tahu sapelah gerangan
manusia yang nama Fbnya ialah Kodek Sultanz . Ohh , leader batch ye ? Kau
rupanya ? Siaplah kau kat FB ! Ada ubi ada batas , kau komen kat FB , aku balas
. Tuihhhhh !!!!
“Wehh , Key !
Tadi ada orang bagi blazer ni atas meja kau ,”
***************
6 tahun kemudian
........
“Cikgu ! Cikgu !
Jomlah masuk dewan . Perhimpunan dah nak mula ,” tegur seorang pelajar lelaki .
mungkin dia terperasan yang aku mengelamun agaknya . Hehehehehehe , untuk
pengetahuan korang , aku sekarang sudah menjadi guru matapelajaran Additional
Mathemathics . Yelah , otak pun pikir nombor – nombor je kan . Kuangkuangkuang
*tapi bukan nombor ekor Sports 3D , 4D aww , haram tu* . Nak dipendekkan cerita
, ini adalah hari pertama aku akan mengajar di sebuah sekolah yang semua
pelajarnya adalah lelaki dan nama sekolah tersebut ialah SMKA Sultan Muhammad .
Ya , sekolah yang dulunya aku bermusuh tapi kini aku sedang berbakti kepadanya
. Cehh , ayat aku .
Aku pun melangkah
masuk ke dewan yang penuh memori itu . Pada 6 tahun yang lepas , di mana
terpahat di dalam sanubariku kejadian aku hampir – hampir akan ditertawakan
mengenai belakang bajuku yang bertanda merah . Mujurlah muncul seorang insan
yang bernama Aidill Fitri meng’cover’kan aku dengan memberikan sehelai blazer
labuh kepunyaannya kepadaku . Blazer tu macam kod jugalah . Tapi dia memang
labuh hingga ke parat peha si pemakai .
Sebenarnya aku
pun kurang pasti siapa punya , tapi Atikah mengatakan bahawa Aidill lah yang
meletakkan blazer tersebut di atas mejaku semasa aku pergi ke tandas untuk kali
yang kedua . Nasib baik Aidill tolong , kalau tak habis jatuh maruah aku . tapi
, bila aku tanya kat FB , dia cakap blazer tu bukan dia punya . Ah sudah ! Dia
pun tak nak bagitahu siapa empunyanya . Macam manalah aku nak pulangkan .
Sampai sekarang kot aku still simpan blazer tu lagi .
***************
“Wehh , Key !
Tadi ada orang bagi blazer ni atas meja kau ,” ujar Tika .
“Huh ? Siapa
pulak punya blazer ni ? “ fikirku .
“Alah , kau pakai
jela blazer ni . Labuh apa ? Boleh cover belakang baju kau yang kena sos tu ! “
“Ye tak ye .
Betul juga idea kau ni , geng ! “
“Tapi , tadi aku
nampak Aidill Fitri yang letak . Cubalah kau tanya dia nanti ,”
“Ok! “
“Assalammualaikum
, Aidill ! Blazer tu kau punya ke ? Tenkiuuuuu tau . By the way , macam mana
kau tahu aku perlukan ? “ tegurku di chat FB .
“Waalaikumussalam
, Zakirah ! Eh , blazer tu bukan aku punya dan kau patut berterima kasih kepada
orang lain . Aku Cuma tolong letakkan je atas meja kau . Kau memang perlukan ke
? Hahahahahaha . Aku pun tak tahu . Itu pun orang yang suruh , wei ! “
“Oh , yeke ? Jadi
, blazer ni siapa punya ? “
”Aku tak boleh
bagitahu . Tapi dia pesan dia ada letakkan nota dalam poket blazer tu . Nanti
kau bacalah yer . Wehh , okay lah . Aku nak out dulu . Ada kerja .
Assalammualaikum ! “
“Waalaikumussalam
,” jawabku dengan nada sedikit hampa .
Setelah aku tekan
butang log out di FB , aku pun memulakan misi pencarian blazer tersebut . Aku
pun tidak ingat di mana aku meletakkannya buat kali terakhir . Nekad di hati
ingin membaca nota pesanan si empunyanya blazer misteri ni .
“Ibu , ada nampak
blazer adik tak ? “ soalku pada ibu .
“Oh , blazer tu
ibu dah basuh . Bau perfume ‘playboy’ je dik . Sejak bile adik minat perfume
lelaki ni ? “ibuku menjawab beserta soalan .
“Apa ? Basuh ? “
“Yelah ! Ibu dah
basuh . Dah ada kat dalam washing machine pun . Kenapa ? Adik jangan risau .
Warna dia tak luntur ,”
Bukan masalah
luntur ibu , tapi sekarang ni ada nota dalam tu . Alamak ! Kena selamatkan
cepat ni . Macam gergasi aku berlari ke arah washing machine . Terkial – kial aku
mencari blazer tersebut selepas mematikan suis mesin basuh (untuk langkah
keselamatan) . Haaaa , ini dia . Memang ada nota tapi dah kembang pulak
tulisannya . Sikit – sikit je aku boleh terjemah . Nota itu berbunyi begini :
“Assalammualaikum . Ke hadapan saudari Marina . Firstly ,
aku nak minta ____ pa__ kau . Disebabkan ___lah ba__ kau ko__ ___
____kang . Aku x sangka pulak ____nan ___
boleh ter___ de____ ____ kau . Sori
jugak sebab aku ____ kau pen___ dan ___ ______duh . Sori taw Marina ,
hehehehehe ! Ja____ marah tau . Soriiiiii ...... Lastly , aku ____ nama kau .
_____ macam tuan dia __gak . Hehehehe . Mari___ , tu___ ____ ___pas _ tahun tau
! Inshaa Allah , aku nak __ri ___atu dari ____ . Kbai , wassalam “ .
p/s : Aku rasa kau___ yang ___ tu___
____ ____ _____ . So , aku harap ____ kau boleh pulangkan balik bila _____
_____ lagi :DD .
*’Hanya kau yang tahu KODEKsku yang kompleks’
Yang benar ,
A
Aku pun terus mengeringkan nota tersebut di ampaian . Waduh , sape je yang
boleh faham tulisan dah kembang macam ni ? Aku Cuma faham ayat yang paling bawah
tu je . ‘Hanya kau yang tahu KODEKsku yang kompleks’ . Ma maknaha ? Ha , amekaw
arab mariii . Bukanke ayat tu lirik lagu dalam lagu Teman Pengganti yang
dinyanyikan oleh Black featuring Malique sebagai rapper . Apa mesej yang cuba
dia nak sampaikan ? Kalau macam ni , sampai bile tak kan ke temui hero aku si
empunya blazer ni . Pulang balik ? Blazer kot . Tapi A je nama dia . Takkanlah dia ??????
***************
Ucapan daripada pengetua menyedarkan aku dari lamunan panjangku . Cehh ,
baru hari pertama dah berangan panjang . Dua kali pulak tu . What a shame , Key
?
“Baiklah , pada hari ini . Saya ingin memperkenalkan dua orang guru baru
yang akan mengajar di sekolah kita . Pertama sekali , Cik Zakirah Marina binti
Adam sebagai guru Matematik Tambahan dan yang kedua ialah Encik Khairul Anwar
bin Zainudin sebagai guru matapelajaran Pendidikan Syariah Islamiah . Sila guru
– guru tersebut berdiri untuk memperkenalkan diri ,” ujar pengetua panjang
sebelum aku bangun daripada kerusiku .
“Wait a minute ! Khairul Anwar ? Awat familiar sangat nama tu ? Bukanke ?
Oh no , it is him ! “ terbeliak mataku apabila mata kami saling bertautan . Aku
pulak tak perasan yang dia duduk selang dua kerusi kosong di sebelah kiriku .
Wahhhhhhh , banyak comel leww muka dia , seriously ! Kalau nak describe
muka dia yang dulu dengan sekarang , memang macam langit dengan mantel bumi .
Dulu , muka dia memang gangster mafia , nauzubillah . Tapi sekarang sudah ada
nur cahaya beb , wa cakap sama lu ! Ustaz wehh , haruslah !
“Ehh , awak bukan ke Kod ..... Khairul Anwar ? “ soalku janggal . Terpaksa
pula menggunakan ‘awak’ untuk lebih bersopan . Cikgu kot , kenalah berbudi
bahasa . Nak tunjuk tauladan pada anak murid . Ceh , ceh , ceh .
“Yelah ! Kan tadi awak dah dengar nama tu ! “ jawabnya kembali tanpa
berpaling ke arahku lansung . Cehh , perangai poyo dia tu tak pernah nak
beransur – ansur dari diri dia .
“Ohhh ...... okay ! Ustaz Khairul Anwar . Selamat mengajar lah ye ? “
sindirku sinis . Geram punya pasal .
“Teacher Marina pun , selamat mengajar ! Jangan langgar budak – budak pula
masa nak cari tandas . Nanti baju awak colour merah , tade sape nak kirim blazer
lagi ,” jawabnya dengan nada memerli .
“Hai ustaz . Ustaz menganjing saya ke , ustaz ? “ sengaja aku tekankan
perkataan ‘anjing’ yang bermaksud memerli itu . Ehh , mana dia tahu pasal
blazer ni ?
“Teacher , jaga adab eh kat sekolah kitorang . Dilarang mencarut ! Tunjuk tauladan
sikit pada anak murid ,”
Aik ? Macam pernah dengar je ayat – ayat ni . Tapi kat mana ekk ?
“Baik , ustaz ........ Kodek ! “
“Seperkara lagi , jangan panggil saya dengan nama Kodek tu lagi . Itu
kenangan lama . Panggil saya Ustaz Khairul Anwar . Tapi nak panggil abang pun ,
saya tak kisah . Saya gerak dulu . Assalammualaikum ,” ujarnya panjang sebelum
berlalu pergi . Perhimpunan telah pun bersurai .
Ewwww , abang ? Pleaselah . Umur sebaya abang pebendanya ? Masuk air ape
ustaz aku sorang ni . Ehh , ustaz aku ? Hahahahaha . Ya Allah , jauhilah hatiku
ini daripada menyukai dan mudah jatuh cinta kepada lelaki yang bukan bakal
suamiku . Tapi , kalau dialah jodohku , ya Allah ! Sejuknya hati . Ehh Key ,
kau dah kenapa nak jatuh hati pada mamat poyo tu ? Kang hati tersakiti lagi
like 6 tahun lepas macam mana ? Gigit jari lah kau !
***************
6 tahun lepas ............
“Wehh , SPM dah habis . Jom main true or dare malam ni ? “ ajak Husna .
“Haahlew . Okay gak ! Tapi main ramai – ramai lagi best . Jom ajak geng
kita ,” sambungku agak teruja .
True or dare . Si pemain boleh memilih sama ada ‘true’ atau ‘dare’ . True ,
kita mesti kena jawab soalan yang dituju kepada kita dengan jujur . Manakala
dare pula , kita hendaklah melaksanakan tugasan yang diberi oleh ahli – ahli yang
lain . Macam gunting rambut ke tampar pipi kawan ke . Kahkah . Seriously , aku
lebih rela pilih dare dari true . True kena jujur wehh . Ade kang budak – budak
ni korek rahsia aku .
“Aku pilih true ,” kata Husna lantang .
”Okey Una ! Jawab jujur ehh . Betul ke kau ada hati walau sikit pun pada
Aidil Fitri ? Korang ni ade apa – apa ke ha ? “ soal Umira , teman yang paling
rapat dengan Husna .
Hampir terkedu aku masa tu . Una ? Aidill ? Aduhai , peritnya hati aku ni ?
Kenapa ehh ? Adakah aku jealous ? Aidill tu ke Mr. A si pengirim blazer ? Hero
aku tu ....
“Aishh , soalan kau ni , Mira ! Spoil betul . Kahkahkah . Okey , frankly
aku adelah suka sikit sekelumit tu . Tapi , aku ngan dia memang tade pape lah .
Just dia je yang suka nyakat – nyakat aku kat FB ,” jawab Husna tenang .
Masa tu , hampir terjatuh hati berbentuk love aku . Terus tade mood nak
main . Padahal turn aku next . Wah , masa nilah baru aku merasai hati
berkecamuk tu macam mana . Punyalah perit ! Sadis , sadis .
***************
“Awak nak solat Zuhur ke , Teacher Marina ? “ soal Khairul Anwar yang tiba –
tiba sahaja muncul di tangga surau semasa aku sedang menanggaklkan kasutku .
“Takdelah ustaz , saya nak pergi memancing kat dalam ,” jawabku selamba . Aik
mamat ni , mengganggu konsentrasi aku betullah . Dah nampak aku kat surau , nak
buat ape lagi ? Spoil betul !
“Wah , dah nakal ye sekarang . Kalau macam tu , marilah kita solat Zuhur
berjemaah . Saya rasa guru – guru lelaki yang lain masih ade kelas lagi ,”
Eh , mamat ni ? Dia ajak aku solat jemaah . Betul ke ? Lahai , benda baik
buat ape nak ragu – ragu . Setuju ajelah .
“Ha yelah pak ustaz oi . Takkan nak dilepas 27 kali ganda pahala , ye dak ?
“
“Haaaa , macam ni baru Sharodz . Hahahahahahahaha ,”
Usai kami bersolat , dia pun membacakan doa . Jarak kami hanya dipisahkan
oleh sehelai tirai . Pergh , suara dia memang sedap , lunak dan merdu . Masa
dia baca doa , punyalah aku feel sampai tutup mata sebab merdu betul . Nasib tak tertido
mehh . Macam – macam doa dibaca olehnya , tapi yang paling aku suke doa jodoh
tula , huhuhu . Kan best kalau setiap solat jemaah kat rumah dengar suara dia
jadi imam aku dengan baca doa . Whoa !!!! Woy woy woy , melayang kau , Key !
Selamat kembali ke pangkal jalan .
“Amin ya rabbal a’lamin ,”
“Amiiiiinnn.... “
“Marina ! “ teriaknya lembut di sebalik tirai .
“Ye , ustaz ! “
“Kalau solat jemaah tiap – tiap hari dengan saya kat rumah mesti best kan ? “
“Ha , ape dia ustaz ! “
“Takde pape lah . Saya minta diri dulu . Assalammualaikum ! “
“Waalaikumussalam ! “
Dub dub dub . Jantungku berdegup kencang secara tiba – tiba . Kenapa aku
rasa macam dalam scene ‘Suami aku ustaz’ je ni ? Cehh , poyo kau . Tapi kenapa
dia selalu cakap apa yang ada dalam fikiran aku ? Mind reader or kasyaf *orang
yang boleh membaca pemikiran seseorang dan selalunya ustaz – ustaz yang ade
ilmu ni* ??? Ayoyo ! Wahai jantung hati , awak tolonglah cooperate dengan saya
, Janganlah dup dap dup dap bila jumpa dia lagi , please ?!
Selepas tamat sesi persekolahan , aku pun pulang ke rumah . Setibanya di
rumah aku dikejutkan oleh ibu dengan berita bahawa aku akan disunting kumbang .
What ? Kumbang sunting aku ? Pekehal ?
“Ade orang nak datang merisik kamu , dik ,”kata ibu lembut .
“What ibu ? Merisik ? Biar benar bu ? “ soalku tidak percaya .
“Betullah dik . Mereka kata nak datang sabtu ni . Kawan ibu punya kawan
punya sepupu punya kakak punya anak ,”
Wah , aku macam dalam novel pulak . Kena jodoh dengan anak kenalan ibu .
Tapi kes aku berat sikit sebab jauh naw relation dia dengan ibu aku . Dah
cliche’ sangat kalau kena kahwin dengan anak kepada ibu kita . Wakakakakaka .
“Orang mana ibu ? Mana ibu tahu ni ? “
“Orang Melaka dik . Budak tu dulu sekolah Sultan Muhammad . Tadi , mereka
telefon rumah kita ,”
“Ala ibu , adik rasa tak sedia lagilah . Lagipun adik kan baru mula
mengajar ? “ sekolah Sultan Muhammad . Eyyy , dahla aku anti sekolah anak didik
aku tu .
“Tak sedia apanya dik ? Lagipun apa kena mengena mengajar dengan sedia adik
tu ? “
“Ish ibu ni . Yelah , nanti dah kahwin kena amik cuti bagai . Takkan adik
baru start mengajar dah nak bercuti ? “
“Apa susahnya dik ? Adik kahwin je masa bulan 12 . Kan budak – budak cuti
sekolah . Masa tu , adik nak cuti seminggu dua minggu pon boleh . Apatah lagi
sebulan . Nak honey moon , nak honey star semuanya bisa dong ,”
Aduh ibu aku ni . Kemain menyokong . Yelah , dah aku je yang tinggal antara
adik- beradik aku yang masih belum berkahwin . Aduhai , menyerah dan berserah
je lah gamaknya .
Hari Sabtu pun menjelma , namun bakal tunang aku tu tak datang join sekali
mengikut kata bakal mentuaku , Encik Zainudin dan Puan Salmah . Cehh , poyo je
mamat tu . Aku pun selamat dirasmikan sebagai bakal menantu mereka selepas
cincin merisik disarungkan di jari manis tanda ikatan . Seperti kata ibu , kami
bakal bertunang pada masa terdekat dan akan bernikah pada bulan 12 . *Untungnya
aku , tak payah apply cuti --“ *
***************
“Wah , cantiknya cincin dia ! Ada kat jari manis . Fushoooo ! “ tegur
Khairul Anwar . Opss Ustaz Khairul Anwar . Seperti biasa , hanya suara saje aku
dengar namun si empunya suara tidak memalingkan wajahnya .
“Herm ,” balasku pendek beserta senyuman yang tak berapa nak ikhlas .
“Aik ? Bunyi macam tak ikhlas je teacher ?! Ke awak dah ade pilihan hati
yang lain ? “
“Ustaz boleh tak jangan menyibuk hal saya ? “
“Mana boleh saya tak menyibuk , Marina ? Sebab ia ada kena mengena dengan
sayalah saya menyibuk ! “ Barulah ustaz tersebut berpaling ke belakang sambil
tersenyum . Wahh , hati cair mehh tengok muka dia . Dahlaa , jarang – jarang je
aku dapat tatap .
“Maksud awak ? “
“Hanya kau yang tahu KODEKsku yang kompleks ,” ujarnya tenang sebelum
berlalu pergi .
Wah , dia macam nak main Detective Conan pulak dengan aku bagi hint itu ini
. Kalau aku macam Shinichi Kudo atau Sherlock Holmes bolehlah aku selesaikan
time tu jugak . Aku mula mengimbau kenangan lama . Hah , aku dah dapat ! Ni
mesti ade kaitan dengan nota 6 tahun lepas tu . Kenapalah kau lembap sangat Key
? Macam manalah kau nak didik anak bangsa kau subjek Additional Mathemathics
yang di’gemari’ ramai tu ?
Aku pun mencari nota tersebut setibanya di rumah . Sudah 6 tahun aku
tinggalkan blazer dan nota tu . Kalau nota ni manusia , dah boleh jadik tinggi
sampai 140 cm agak aku . Perlahan – lahan aku membuka lipatan surat itu . Ehh ,
baru boleh baca yang tulisan kembang – kembang dulu tu .
“Assalammualaikum . Ke hadapan saudari Marina . Firstly ,
aku nak minta maaf pada kau . Disebabkan akulah baju kau kotor kat belakang
. Aku x sangka pulak makanan aku boleh terkena dekat baju kau . Sori jugak
sebab aku panggil kau pendek dan kita
bergaduh masa program tu . Sori taw Marina , hehehehehe ! Jangan marah
tau . Soriiiiii ...... Lastly , aku suka nama kau . Comel macam tuan dia jugak .
Hehehehe . Marina , tunggu aku lepas 6 tahun tau ! Inshaa Allah , aku nak ‘curi’
sesuatu dari kau . Kbai , wassalam “ .
p/s : Aku rasa kaulah yang curi tulang rusuk kiri aku . So , aku harap kau boleh
pulangkan balik bila kita berjumpa lagi :DD .
*’Hanya kau yang tahu KODEKsku yang kompleks’
Yang benar,
Khairul Anwar
Khairul Anwar
Berderai air mataku selepas membaca nota itu .
Kenapa sekarang baru aku boleh baca nota ni ? Ah sudah tiada gunanya lagi .
Lagi 6 bulan , aku akan bernikah dengan bakal suamiku . Budak sekolah dia jugak
. Mesti dia datang ke majlis perkahwinan kami . Kodek , aku tak mampu membalas
cinta kau . Maafkan aku .
***************
“Ibu , siapa nama bakal suami adik ? “
“Kodek Sultanz ,“
“Hah ? “
“Nama FB dia Kodek Sultanz ,“
“Tak masal -- “
Dah sah ! Memang dia kan dtang ke majlis perkahwinan
aku . Bukan sebagai guest (tetamu) , tetapi sebagai ........... GROOM
(pengantin lelaki) . Suprise tak ? Kahkahkah .
****************
6 bulan kemudian .......
“Sayang , ade nampak blazer baby tak ? “ tanya
Khairul Anwar dalam kurungan suamiku . HUHU ^^
“Blazer baby ? Nah pakai yang ni dulu ! “ jawabku
ala ala isteri mithali gitu .
“Amboi , sayang still simpan blazer baby ye ? Dah 6
tahun dah blazer ni . Boleh beranak pinak dalam wardrobe sayang ,”
“Pulak -- “ ! Tapi kan baby , kenapa mesti ‘Hanya
kau yang tahu KODEKsku yang kompleks’ ? “
“Sayang fikir macam mana ? “
“Baby sengaja letak KODEKsku sebab nama FB baby kan
Kodek tapi lirik lagu tu kodeks kann ? kan ? “
“Hampir tepat . Cuba tengok dalam kamus dewan
bahasa dan pustaka apa maksdunya ? “
“Ahh , malaslah . Balik keje nanti sayang tengok
kay ? Dah , jom kita pergi sekolah . Nanti terlambat pulak ! “
“Baiklah zaujahku (isteri) , my hubby , my baby ! “
“Love you damn much ! “
“Ana uhibbuki jiddan jiddan lillahi taa’la ,”
Erk ? Ustaz kann ? Inilah pesen dialog angpa kalau
angpa kawen dengan ustaz yang agak rock dan sebaya dengan umur angpa . Ya Allah
, semoga perkahwinan kami ini direstui dan diberkati olehmu . Inshaa Allah ,
indahnya bercinta selepas bernikah . Ternyata sudah ditetapkan di Luh Mahfuz
bahawa insan yang dulunya aku kerap kali bergaduh itu merupakan jodohku ,
bukannya Aidill Fitri dan bukannya orang lain . Wallahu a’alam bissawaf .
Nota kaki : kodeks – naskah kuno tulisan tangan
Sumber : Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ke –
4 (warna hijau)
-TAMAT-
P/s : Terima kasih kerana sudi membaca . Cerpen ini
adalah karya pertama saya . Harap dimaafkan kerana ade banyak kesalahan bahasa
dan tercampur aduk di sini . Komen daripada anda amatlah saya hargai seperti
Loreal – kerana dirimu begitu berharga . Salam ukhuwwah fillah ! Tenkiuuuuuu
^^V .
Comments